Program Klik Dengan Bijak (KDB) di SK St. Teresa Sarawak
11 Julai 2015 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2015, pihak Pusat Internet 1Malaysia Serasot dengan kerjasama dari Pusat Internet 1Malaysia dari daerah Bau dan Lundu iaitu PI1M Bogag, PI1M Krokong, PI1M Sibuluh, PI1M Skio, PI1M Tanjung Bowang dan PI1M Stungkor telah mengadakan program Klik Dengan Bijak (KDB) di Sekolah Kebangsaan St. Teresa, Bau Sarawak. Program ini telah melibatkan para peserta yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan guru sekolah tersebut. Tujuan utama perlaksanaan program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai penggunaan Internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab dikalangan pengguna internet. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Ceramah Klik Dengan Bijak, tayangan video Klik Dengan Bijak dan sesi soal-jawab bersama peserta. Selain itu, para peserta yang terlibat juga turut diberikan keahlian secara percuma sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia Serasot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:


