Hari Terbuka Gawai PI1M Serasot 2015
24 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniHari terbuka Gawai PI1M Serasot 2015 telah diadakan pada 23 Mei 2015 bertempat di PI1M Serasot dan Dewan Serbaguna Kpg. Serasot dan telah mencatatkan kehadiran sebanyak 80 orang hadirin dari komuniti Kpg. Serasot. Antara yang turut sama-sama hadir pada kali ini adalah para petugas dari PI1M Krokong, PI1M Sibuluh, dan PI1M Skio untuk menjayakan hari terbuka PI1M Serasot dan juga En. Nyohid Ak. Jamong, wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kpg. Serasot. Tujuan hari terbuka gawai diadakan untuk Memeriahkan suasana sambutan perayaan Gawai di peringkat Kpg. Serasot di samping mempromosi aktiviti-aktiviti yang sedang dan akan dianjurkan oleh PI1M Serasot. Hari Terbuka Gawai PI1M Serasot 2015 telah diserikan dengan persembahan-persembahan dari murid-murid Tabika KEMAS Kpg. Serasot, ahli-ahli Kumpulan Zumba Kpg. Serasot, dan pelajar-pelajar Kelas Dewasa Kpg. Serasot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:




